aqilah



Eeeeee..takut nye bila dengar kes2 org murtad kan ( nauzubillah ). Harap2 kita semua akan dipelihara oleh ALLAH tuhan yg MAHA ESA supaya hidup dan mati kita dalam keadaan ISLAM agama yg hanya diterima olehNYA.(amin).. Nabi Muhammad pernah berpesan:

'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Lalu Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

 Oleh itu, sahabat2 marilah kita menjaga IMAN yg ALLAH telah berikan kepada kita dengan sebaik-baik nye agar hidayah itu kekal sampai bila2, sehingga nafas kita yg terakhir. Kita jangan sia2 kan hidup kita dengan perkara2 yg tidak berfaedah dan boleh melalaikan dr mengingati Tuhan yg satu ALLAHURABBI.

0 Responses

Post a Comment