aqilah



Eeeeee..takut nye bila dengar kes2 org murtad kan ( nauzubillah ). Harap2 kita semua akan dipelihara oleh ALLAH tuhan yg MAHA ESA supaya hidup dan mati kita dalam keadaan ISLAM agama yg hanya diterima olehNYA.(amin).. Nabi Muhammad pernah berpesan:

'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Lalu Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

 Oleh itu, sahabat2 marilah kita menjaga IMAN yg ALLAH telah berikan kepada kita dengan sebaik-baik nye agar hidayah itu kekal sampai bila2, sehingga nafas kita yg terakhir. Kita jangan sia2 kan hidup kita dengan perkara2 yg tidak berfaedah dan boleh melalaikan dr mengingati Tuhan yg satu ALLAHURABBI.

aqilah
Waktu Solat !!

Imsak   : 5.30
Subuh  : 5.40
Syuruk : 6.58
  Zohor  : 1.00  
 Asar   : 4.20
 Maghrib : 6.58    
  Isyak   :  8.09   


sekarang ni subuh abis cepat, zohor masuk awal.. heheheh, dekat sini saya nak bg waktu2 masuk solat :) sumber e-Solat JAKIM  :). bercakap pasal solat ni...saya nak bgth kelebihan baca doa iftitah..ustazah kat kelas fardhu ain dekat dengan rumah lama saya dia ada cerita. waktu zaman Nabi Muhammad s.a.w ada hamba Allah ni dia baca doa iftitah masa solatnya..rasullullah terlihat pintu langit terbuka luas..jadi saya nak bagitahu.. kalau kita baca doa iftihah dalam solat kita, maka pintu langit akan terbuka,bila pintu langit terbuka apa yang kita doa mudah untuk dimakbulkan Allah s.wt ..apalagi amalkanlah membaca doa iftitah semasa solatnya..ye..<3

aqilah


saya nak bgthu kepada yg belum mengetahui..
jikalau kita mendengar orang menyebut nabi muhammad s.a.w atau rasullullah s.a.w kita hendaklah
meanyambut percakapan orang tu dengan menyebut sallallahalaihiwassalam (s.a.w) sebab ada ustaz kat surau ni cerita masa bulan ramadhan yang lalu dia kata kena sambut ..jangan lupa ek! mesti sambut panggilan nabi muhammad s.a.w. sekian :)



aqilah
memandang next year saya from 5.saya dah mula merancang nak buat apa lepas spm.
hehe, advance betul kan?..alkisahnya masa saya dengan kawan2 saya tunggu bas..kitaorang mula la merancang nak keje apa lepas spm..saya cadangkan ktorg kerja sama2.senang sikit nanti..macam-macam pekerjaan kitorg fikir..nak jadi babysitter la,nak kerja kat kedai buku la,nak jual insurans la ( opss! yg ni mmg tak boleh sbb atleast kena ada sijil spm baru boleh jadi wakil insurans :( hehhehe ).
tapi lepas lebih kurang dalam 40 min tunggu bas yg tak kunjung tiba tu ..tiba2 saya terfikir...sampai bila nak cari duit? dunia dah nak kiamat..jadi saya pun cakap lah kat kawan saya apa kata kita buat kerja amal..sebenarnya dia pun terfikir apa yg saya fikir ( ktorg ada wireless connection yg kuat !hahaha) kami pun terus insaf ..mesti ramai yg dah tahu pasal tanda2 kiamat kan?? baru2 ni gunung berapa dah meletus kat indonesia! seram betul..dan saya nak lampirkan kat sini tanda2 kiamat yg saya dapat. daripada facebook islam itu agamaku



Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:

 Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan.
Betul tak?
Benar kata Rasulullah.

2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: 

Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.
Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia.
Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: 

Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq.
Benar sabda Rasulullah ini.
Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:

 Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu.
Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban.
Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah.
Semuanya ini sudah berlaku.
Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya:

 Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati.
Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad).
Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk.
Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi.
Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: 

Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik).
Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel.
Maka berlaku peperangan yang besar – ibu segala peperangan.
Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel).
Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.
Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini?
Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:

Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati.
Mereka semuanya hancur.

Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati.
Mereka semuanya hancur.

Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati.
Mereka semuanya hancur.

Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati.
Banyaklah yang hancur.

Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.
Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya:
Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.
Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud.
Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak.
Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat.
Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.

Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita.
InsyaAllah..